Pikri, Zainal (2013) Shariah and State Ideals in The Regulations of Ibadah in Aceh And South Kalimantan. Disertasi, Universiti Utara Malaysia. (Submitted) (Submitted) (Submitted)
Text
zainalp-disertasiS3.pdf Download (1MB) |
ABSTRAK
Ibadah adalah salah satu bidang undang-undang di Indonesia yang berinteraksi dengan keharmonian agama dan kebebasan. Walau bagaimanapun, perhatian terhadap interaksi sedemikian tidak cukup diberikan. Untuk mengisi jurang ini, tesis ini mengkaji intercampuran antara undang-undang Syariah dengan cita-cita unggul negara Indonesia dalam hal keharmonian agama dan kebebasan bagi membentuk kandungan substantif peraturan-peraturan ibadah di Aceh dan Kalimantan Selatan. Kajian ini telah mengenal pasti peruntukan yang diambil daripada sumber-sumber agama Islam dan cita-cita unggul negeri. Tesis ini memenuhi tujuan utama penyelidikan ini melalui pendekatan tekstual dan sosiosejarah, dan analisis wacana. Ia juga menggunakan kaedah perbandingan untuk mengkaji persamaan dan perbezaan peraturan-peraturan di kedua-dua buah kawasan. Kajian ini menghasilkan beberapa penemuan penting. Kandungan substantif peraturan-peraturan ibadah di kedua-dua buah kawasan telah disediakan berdasarkan sumber-sumber Islam dan lain-lain; mereka telah mengambil elemen-elemen Syariah dan cita-cita unggul negeri dan mencampurkannya; terdapat perbezaan yang ketara antara norma-norma Syariah dengan cita-cita unggul negeri yang mudah dilihat dalam peraturan-peraturan solat Jumaat, tetapi tidak pula dalam peraturan-peraturan Ramadhan; Aceh menyelia kedua-dua aspek agama dan sosial solat Jumaat, tetapi Kalimantan Selatan hanya menyelia aspek yang kedua sahaja, dan untuk Ramadhan, kedua-dua kawasan menyelia kedua-dua dimensi agama dan sosial. Kesimpulan utama yang diperoleh daripada kajian ini adalah bahawa undang-undang Islam bukan merupakan sumber utama kepada pembentukan peraturan-peraturan tersebut. Kandungan isinya diambil daripada kepelbagaian sumber lain, sama seperti ideologi negeri, iaitu Pancasila. Semasa membina peraturan-peraturan berkenaan, Islam dan sekularisme bersaing untuk memberi tafsiran terhadap makna keharmonian agama dan kebebasan. Kajian ini mendesak para penyelidik mengenai undang-undang Syariah di Indonesia untuk mengambil manfaat daripada analisis yang lebih mendalam tentang kesedaran yang pelbagai sifatnya untuk memahami keadaan undang-undang dalam negara. Kata Kunci: Ibadah, Keharmonian Agama dan Kebebasan, Pluralisme Undang-Undang, Syariah ---------------------------------- Ibadah is one of the areas of law in Indonesia that interacts with religious harmony and freedom. However, not much attention has been given to the study of the nature of this interaction. To fill this gap, this study investigated the interconnection between Shariah and the Indonesian state ideals of religious harmony and freedom in shaping the substantive contents of the regulations of ibadah in Aceh and South Kalimantan. It identified the provisions that were drawn from Islamic sources and the state ideals. The methods used in the study were textual and social -historical approaches and discourse analysis. It also used a comparative method in examining the similarities and differences of the regulations in both regions. This research produced a number of key findings: the substantive contents of the regulations of ibadah in both regions are drawn from Islamic and other sources; the relevant authorities have taken elements of Shariah and state ideals to form the basis of decision making ; a clear line between Shariah norms and state ideals is easily discerned in the regulations of Friday prayer, but not in the regulations of Ramadhan; Aceh regulates both religious and social aspects of Friday prayer, but South Kalimantan only regulates the latter aspects; and for Ramadhan, both regions regulate its religious and social dimensions. The main conclusions drawn from this research were that Islamic law was not the main source of the regulations. It constituted just one among the variety of available sources such as the state ideology of Pancasila. While constructing the regulations, Islam and some aspects of secularism competed in interpreting the meaning of religious harmony and freedom. This research argued for researchers on Shariah laws in Indonesia to conduct a deeper plurality-conscious analysis in understanding the nature of the law in the country. Keywords: Ibadah, Legal Pluralism, Local Regulation, Religious Harmony and Freedom, Shariah
Item Type: | Disertasi |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Ibadah, Keharmonian Agama dan Kebebasan, Pluralisme Undang-Undang, Syariah, Keywords: Ibadah, Legal Pluralism, Local Regulation, Religious Harmony and Freedom, Shariah |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > B Philosophy (General) |
Divisions: | Fakultas Tarbiyah dan Keguruan > Tadris Bahasa Inggris |
Depositing User: | Mr Zainal Pikri |
Date Deposited: | 09 Sep 2021 02:40 |
Last Modified: | 09 Sep 2021 02:40 |
URI: | http://idr.uin-antasari.ac.id/id/eprint/17217 |
Actions (login required)
View Item |