Lamry, Salleh (2016) Madam ka Banua Urang: Migrasi dan Perubahan Sosial dalam Kalangan Orang Banjar di Malaysia. In: International Conference On Social and Intellectual Transformation of the Contemporary Banjarese, 09-11 Agustus 2016, Banjarmasin.
Text
Madam ka Banua Urang.pdf Download (357kB) |
ABSTRAK
Orang Banjar dari Kalimantan Selatan (Kalsel) telah keluar merantau atau madam secara beramai-ramai ke Malaysia (Malaya atau Tanah Melayu waktu itu) pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20. Sebahagian besar daripada mereka merupakan “perantau hilang” iaitu perantau yang terus menetap di perantauan dan tidak pulang lagi ke Kalsel. Di Malaysia mereka membuka “kampung Banjar” dan meneruskan cara hidup Banjar sebagaimana di Kalsel. Walau bagaimanapun, selepas berlalunya waktu lebih 100 tahun, kini dapat diperhatikan telah berlaku pelbagai perubahan dalam cara hidup keturunan mereka di perantauan.Mereka telah berubah menjadi Banjar Baru, walaupun perubahan itu belumlah menyeluruh. Di Malaysia perubahan sosial ini berlaku terutamanya sebagai kesan dari dasar dan rancangan pembangunan kerajaan, di samping ada juga kerana pengaruh persekitaran, termasuk pengaruh globalisasi. Oleh itu, makalah ini ingin menghuraikan tiga perkara : a) Sejarah migrasi orang Banjar ke Malaysia , b) Pelestarian cara hidup Banjar dalam kalangan orang Banjar generasi awal, dan c) Perubahan sosial dalam kalangan orang Banjar di Malaysia masa kini. Makalah ini terutamanya ditulis berdasarkan kajian perpustakaan dan pemerhatian di beberapa buah kampung Banjar di Malaysia, khasnya di daerah Sabak Bernam, Selangor dan di beberapa taman perumahan di kota Kuala Lumpur
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Subjects: | H Social Sciences > H Social Sciences (General) |
Depositing User: | Mr. Moch. Isra Hajiri |
Date Deposited: | 18 Aug 2016 07:23 |
Last Modified: | 18 Aug 2016 07:23 |
URI: | http://idr.uin-antasari.ac.id/id/eprint/6230 |
Actions (login required)
View Item |