Iderus, Muhammad Hasan Said and Majid, Latifah Abdul and Sakat, Ahamad Asmadi and Sagir, Akhmad and Arman, Hamdan (2016) al-Tabyīn al-Rawī Sharḥ Arbac īn al-Nawāwī Kitab Sharḥ Hadith Pertama di Banjar (Kalimantan Selatan). In: PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA JEJAK WARISAN ISLAM (JEWARIS) 2016, 2016, Kuala Lumpur.
Text
1. 2016-April 11 -Prosiding artikel Jewaris h. 62-68-62-68.pdf Download (513kB) |
ABSTRAK
Kitab al-Tabyīn al-Rawī Sharḥ Arbac īn al-Nawāwī adalah karya KH. Muhammad Kasyful Anwar al-Banjari yang merupakan seorang ulama Nusantara yang memiliki kepakaran dalam hadith. Beliau merupakan ulama yang memiliki nasab keturunan sampai kepada Syeikh Muhammad Arshad al-Banjari. Kajian ini diperlukan kerana sumbangan beliau dalam khazanah hadith Nusantara perlu di apresiasi kerana kitab ini di anggap sebagai kitab syarah hadith pertama ulama Banjar. Seterusnya kitab ini banyak digunakan di pengajian-pengajian agama, dan terutama di pondok-pondok pesantren terutama di pondok pesantren Darussalam Martapura Kalimantan Selatan Indonesia. Objektif artikel ini adalah untuk memperkenalkan karya KH. Muhammad Kasyful Anwar al-Banjari iaitu kitab al-Tabyīn al-Rawī Sharḥ Arbac īn al-Nawāwī. Metodologi kajian adalah berbentuk analisis kandungan sepenuhnya kerana segala maklumat dan data hanya diperolehi dari pengumpulan dokumen. Data diproses mengikut tema-tema khusus berdasarkan ilmu sharḥ hadith dan dikemukakan secara deskriptif. Hasil kajian mendapati kitab al-Tabyīn al-Rawī Sharḥ Arbac īn al-Nawāwī adalah kitab sharḥ pertama yang ditulis ulama Banjar. Metode sharḥ yang digunakan oleh KH. Muhammad Kasyful Anwar al-Banjari adalah ijmali, kemudian analisis yang digunakan KH. Muhammad Kasyful Anwar al-Banjari adalah analisis isi kemudian kitab ini memiliki karakter sharḥ hadith Arbac īn imam Nawawi.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Depositing User: | Dr Ahdie Anwary |
Date Deposited: | 12 Apr 2022 01:01 |
Last Modified: | 12 Apr 2022 01:01 |
URI: | http://idr.uin-antasari.ac.id/id/eprint/19010 |
Actions (login required)
View Item |