Iderus, Muhammad Hasan Said and Majid, Latifah Abdul and Sakat, Ahamad Asmadi and Sagir, Akhmad and Arman, Hamdan (2016) al-Tabyīn al-Rawī Sharḥ Arbac īn al-Nawāwī Kitab Sharḥ Hadith Pertama di Banjar (Kalimantan Selatan). In: PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA JEJAK WARISAN ISLAM (JEWARIS) 2016, 2016, Kuala Lumpur.
1. 2016-April 11 -Prosiding artikel Jewaris h. 62-68-62-68.pdf
Download (513kB)
Abstract
Kitab al-Tabyīn al-Rawī Sharḥ Arbac
īn al-Nawāwī adalah karya KH. Muhammad
Kasyful Anwar al-Banjari yang merupakan seorang ulama Nusantara yang memiliki kepakaran
dalam hadith. Beliau merupakan ulama yang memiliki nasab keturunan sampai kepada Syeikh
Muhammad Arshad al-Banjari. Kajian ini diperlukan kerana sumbangan beliau dalam khazanah
hadith Nusantara perlu di apresiasi kerana kitab ini di anggap sebagai kitab syarah hadith
pertama ulama Banjar. Seterusnya kitab ini banyak digunakan di pengajian-pengajian agama,
dan terutama di pondok-pondok pesantren terutama di pondok pesantren Darussalam
Martapura Kalimantan Selatan Indonesia. Objektif artikel ini adalah untuk memperkenalkan
karya KH. Muhammad Kasyful Anwar al-Banjari iaitu kitab al-Tabyīn al-Rawī Sharḥ Arbac
īn
al-Nawāwī. Metodologi kajian adalah berbentuk analisis kandungan sepenuhnya kerana segala
maklumat dan data hanya diperolehi dari pengumpulan dokumen. Data diproses mengikut
tema-tema khusus berdasarkan ilmu sharḥ hadith dan dikemukakan secara deskriptif. Hasil
kajian mendapati kitab al-Tabyīn al-Rawī Sharḥ Arbac
īn al-Nawāwī adalah kitab sharḥ pertama
yang ditulis ulama Banjar. Metode sharḥ yang digunakan oleh KH. Muhammad Kasyful Anwar
al-Banjari adalah ijmali, kemudian analisis yang digunakan KH. Muhammad Kasyful Anwar
al-Banjari adalah analisis isi kemudian kitab ini memiliki karakter sharḥ hadith Arbac
īn imam
Nawawi.
| Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
|---|---|
| Subjects: | L Education > L Education (General) |
| Depositing User: | Dr Ahdie Anwary |
| Date Deposited: | 12 Apr 2022 01:01 |
| Last Modified: | 12 Apr 2022 01:01 |
| URI: | https://idr.uin-antasari.ac.id/id/eprint/19010 |




